Sunday 25 September 2016

Takaful & Hibah

Apa itu Hibah? Bagaimana Hibah dapat membantu dan mengurus harta keluarga? Apa kaitan Hibah dan Takaful?

Petikan dari Utusan Online:

HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.

Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Berikut adalah petikan dari BHonline berkenaan Hibah & Takaful untuk rujukan:

Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing. Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain. Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta dan tiada penamaan baharu dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada peserta kerana tiada penerima bahagian hibah itu. Oleh itu, bahagian manfaat itu hendaklah diurus berdasarkan hukum dan prinsip faraid selepas kematian peserta kerana manfaat itu akan menjadi sebahagian daripada harta peserta.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55193?m=1

Dari sudut Akta:

Hibah Dari sudut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI). Juga dikenali sebagai IFSA 2013:

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759) (APKI 2013) telah mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013. APKI merupakan statut yang memansuhkan akta yang melibatkan Kewangan Islam di Malaysia, iaitu Akta Perbankan Islam 1983 (Akta 276) dan Akta Takaful 1984 (Akta 312). APKI diluluskan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama dengan undang-undang konvensional yang berkaitan, iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) (APK 2013). APK 2013 juga mula berkuat kuasa mulai 30 Jun 2013
Aplikasi konsep Hibah dan pembahagian manfaat Takaful bertarikh 21 April 2003/19 Safar 1424:

Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengah shariah

Berdasarkan Hibah yang digunakan dalam pelan Takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis Hibah yang digunakan ialah Hibah bersyarat di mana Hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa tertentu.

Jika anda perlukan lebih informasi tentang Hibah, sila hubungi:

Nonie
0126673031 (CALL/SMS/WHATSAPP)

No comments:

Post a Comment