6 Oktober 2012
Petikan dari http://www.sinarharian.com.my/bisnes
SEPANG - Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenal PruBSN
SmartLink, pelan takaful pertama yang membolehkan pelanggan melindungi
masa depan anak masing-masing, sebelum anak itu dilahirkan lagi.
Ketua Eksekutifnya Azim Mithani berkata produk itu dibangunkan
berasaskan PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak
berusia satu hingga 18 tahun.
Pelindungan SmartLink yang ditambah baik itu melindungi janin seawal 20
minggu kehamilan, layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun, katanya.

Pelanggan yang memilih PruBSN Smartlink dengan "Extra Basic" akan
memperoleh perlindungan tambahan yang meliputi manfaat belas kasihan
RM2,000 untuk janin dan RM5,000 untuk ibu dalam tempoh 60 hari
melahirkan anak.
"Jika bayi sakit, kami akan menyediakan penjagaan hospital pada kadar
RM300 sehari di Unit Rawatan Rapi selama 30 hari di hospital terpilih,"
katanya.
Beliau berkata ibu bapa yang mahu memaksimumkan perlindungan, boleh
menambah tanggungan "Baby Care" bagi melanjutkan perlindungan mulai
tempoh kehamilan sehingga 60 hari selepas bersalin.
"Pelindungan ini tidak mengehadkan jumlah kelahiran selagi ibu yang
hamil itu berusia sebelum 46 tahun. Pelanggan akan memperoleh wang tunai
RM300 selepas tahun kedua anak dilahirkan, menerusi Bonus Imunisasi,"
katanya.
Azim berkata pembayaran itu bergantung kepada perlindungan yang dipilih
oleh pelanggan, sama ada serendah RM100 sebulan, pembayaran setengah
tahun atau setahun.
Beliau berkata produk itu yang kini boleh didapati di semula cawangan PruBSN, diyakini dapat menarik pasaran.- Bernama
______________________________________________________________________
Q&A Untuk PruBSN SmartLink
1. Apakah
perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN
SmartLink?
PruBSN
SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini kami
memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan.
Dapatkan Extra
Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta
manfaat-manfaat selepas
lahir untuk bayi anda.
2.
Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?
Anda
boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika anda hamil 20 minggu
dan jika anda
berumur
di antara 19 dan 45 tahun.
3. Saya
tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika sayabersedia
untuk berkeluarga?
Apabila
anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby
Care.
Rider ini
melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir – dan kami berikan perlindungan
yang sama untuk setiap kelahiran. Kami juga
menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda dilahirkan.
4.
Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?
Jika anda
berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN
FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda
sekiranya anda hamil
sebelum anda berumur 46 tahun.
5. Apakah
manfaat-manfaat yang diberikan pelan-pelan ini?
Hamil
> 20 minggu Selepas Lahir
_________________________________________________________________________________
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Email: nonie.resources@gmail.com
Hp: 0126673031
FREE CONSULTATION,
FREE QUOTATION,
MORE TRANSPARENT !
No comments:
Post a Comment