Friday 12 April 2013

Bagaimana Untuk Mengendali Bantahan dalam Enam Langkah Mudah

Kebanyakan Ajen Takaful berfikir bantahan sebagai satu perkara yang buruk ... tetapi mereka terlepas gambaran yang lebih penting. Jika prospek anda menimbulkan bantahan, itu sebenarnya adalah petanda yang baik. Bantahan bermaksud mereka memberi peluang untuk anda menerangkan lebih lanjut tentang produk anda. Sebaliknya, jika seseorang itu benar-benar tidak berminat, mereka tidak akan membuang masa untuk membantah atau bertanya dengan lebih lanjut - biasanya mereka hanya akan duduk melalui penerangan anda dalam diam (dengan tangan dilipat) sehingga penerangan anda tamat.





Jadi bersyukurkalah jika ada bantahan dari prospek semasa membuat penerangan produk. Berikut adalah proses yang mudah untuk membantu menyelesaikan bantahan prospek anda.

1. Dengar Bantahan.

Jangan cepat membantah atau melatah sebaik sahaja prospek anda berkata "Tetapi..." Berikan dia peluang untuk menjelaskan apa yang sedang difikirkan. Dengar dengan teliti. Anda boleh mengambil beberapa petunjuk berharga daripada prospek tersebut

2. Ulang Kembali Apa Yang Prospek Anda Katakan

Setelah anda pasti Prospek anda selesai meluahkan apa yang difikirkan, analisa isu-isu penting yang di suarakan dan ulang kembali intipati penting yang dikatakan tadi. Ini menunjukkan bahawa anda telah mendengar dan memberi dia peluang untuk menjelaskan.

3. Analisa Bantahan Tersebut.

Bantahan pertama selalunya bukan faktor utama bantahan tersebut. Sebagai contoh, ramai prospek tidak mahu mengakui bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli produk anda, sebaliknya mereka akan menimbulkan pelbagai bantahan lain. Sebelum anda menjawab bantahan tadi, tanya beberapa soalan analisa, seperti soalan yang memerlukan penjelaskan dengan lebih mendalam tentang bantahan tadi.

 4. Jawab Bantahan itu.

Sebaik sahaja anda memahami bantahan sepenuhnya, anda boleh menjawabnya. Apabila pelanggan menimbulkan bantahan, mereka benar-benar menyatakan ketidakpastian mereka. Tugas anda pada ketika ini adalah untuk memastikan mereka benar-benar faham. Cara yang terbaik adalah dengan memberikan contoh-contoh khusus, seperti cerita dari pelanggan yang sedia ada atau beberapa statistik, dll – fakta kukuh membuat respons anda kuat.

5. Semak Kembali dengan Prospek.

Ambil masa untuk memastikan bahawa anda telah menjawab bantahan prospek sepenuhnya, seperti "Adakah saya menjawab kebimbangan anda?"

6. Kembali ke Topik Perbualan.

Jika anda sedang membuat peneranagan produk dan prospek menimbulkan bantahan, maka jawab bantahan tersebut dan dengan cepat merumuskan apa yang anda akan telah di terangkan kembali ke penerangan tadi. Periksa jika prospek mempunyai apa-apa bantahan yang lain.

Sekian, selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment