Wednesday 23 January 2013

Berapa Umur yang Terbaik Untuk Memiliki Pelan Takaful PruBSN?


Ramai yang sudah bersetuju dengan pendapat mengambil pelan Takaful pada usia muda adalah yang terbaik dan menguntungkan atas alasan Takaful hanya melindungi orang yang belum berpenyakit. 



 Contohnya:

Usia: 20 tahun (Umur ketika mengambil pelan Takaful PruBSN)
Penyakit :  Pembedahan membuang cyst dalam Rahim (ketika umur 23 tahun). Ovary cysts adalah tidak berbahaya, tetapi ada yang boleh menyebabkan masalah seperti pecah, pendarahan atau sakit. Oleh itu, pembedahan mungkin diperlukan dalam keadaan tertentu untuk membuang atau menghentikan pendarahan cysts tersebut. 


Anggaran Kos Perubatan: RM9,000.00 (Termasuk Pembedahan susulan)

Jika anda mempunyai pelan Takaful PruBSN, semua akan ditanggung (anda tidak perlu mengeluarkan wang simpanan).

Setiap bulan, jumlah yang perlu di bayar adalah RM 150.00
Jumlah yang anda keluarkan setiap bulan adalah:

= RM 150.00 x (23hn-20thn) x 12 bulan
= RM5,400.00 < Ini masih wang anda walaupun selepas pembedahan dibuat.

Anda juga mendapat Elaun Hospital (Bergantung pada pelan Takaful PruBSN yang anda ambil)

Sebaliknya, jika anda masih tidak memiliki pelan Takaful, didapati ada penyakit dan ingin mengambil Takaful, anda sudah terlambat. Pihak Takaful tidak melindungi penyakit yang dikesan sebelum anda mempunyai pelan tersebut. 

Jadi, pilihan anda bagi merawati penyakit tersebut adalah dengan menggunakan wang simpanan anda atau ke hospital kerajaan. Jika anda sanggup menunggu, hospital kerajaan adalah yang terbaik. Tetapi jika tidak ada pilihan, anda terpaksa ke hopital swasta dengan menggunakan wang simpanan anda.

Simpanan anda adalah = RM 5,400.00 + RM 1,000.00 (katakan keuntungan pelaburan)

Wang simpanan masih tidak mencukupi bagi menampung kos rawatan penyakit, anda masih perlu membuat pinjaman dari keluarga  atau bank atau sumber-sumber lain bagi menampung kos pembedahan tersebut. Ini akan menyusahkan keluarga atau diri sendiri dengan bebanan hutang.

Pilihan adalah ditangan anda. Hanya anda dapat menilai yang mana terbaik untuk diri sendiri.  

Kos perubatan akan meningkat setiap tahun dan peratusan peningkatan adalah tinggi. Ada penyakit yang dihidapi seseorang tanpa disedari dan diluar kawalan. Oleh itu, persediaan awal bagi menghadapi perkara ini adalah sangat penting.  

Kesimpulannya, usia muda adalah usia yang terbaik untuk dilindungi oleh pelan Takaful. Takaful PruBSN juga ada menyediakan pelan perlindungan yang menarik sejak seseorang masih dalam kandungan lagi. Takaful adalah salah satu alternatif sebagai persediaan kewangan untuk menghadapi penyakit yang mungkin anda hadapi pada masa akan datang.

Takaful bermaksud jaminan bersama. Sistem Tabarru yang bermaksud derma @ hadiah @ sumbangan adalah teras utama sistem Takaful PruBSN yang menjadikan ia bebas daripada ketidakpastian dan judi.


Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Email: nonie.resources@gmail.com
Hp: 0126673031 
FREE CONSULTATION,
FREE QUOTATION,
MORE TRANSPARENT !

Salam Maulidurrasul daripada saya sekeluarga untuk semua. Semoga semarak Cinta Rasul di Hati Kita!

Sunday 20 January 2013

PERHATIAN! PELUANG PERNIAGAAN @ MEMULAKAN KERJAYA BARU YANG MENARIK


Mengapa Anda Harus Menyertai Wealth Planner di Prudential?
 
  • Berpotensi tinggi untuk mendapat pendapatan bulanan 5 angka dalam masa hanya 2-3 tahun.
  • Pasaran yang belum diterokai adalah besar kerana hanya 40% daripada penduduk Malaysia mempunyai insurans
  • Modal minimum yang diperlukan untuk memulakan perniagaan insurans ini.
  • Meningkatkan keyakin diri dan kemahiran komunikasi.
  • Prudential adalah peneraju pasaran di Malaysia terutamanya.
  • Pihak agensi menyediakan asas yang mencukupi di dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
  • Prudential sentiasa berusaha untuk membangunkan produk-produk untuk memenuhi keperluan klien
  • Peluang melancong keluar negara secara percuma dengan pakej yang menarik (e.g. Munich, Prague, San Francisco, Las Vegas, Shanzen, Hong Kong, Guangzhao, etc.)

 

Career Path at Prudential:

 
Ini adalah peluang perniagaan yang terbaik untuk mencapai aspirasi kewangan anda.Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
 
 
 
 
Email: nonie.resources@gmail.com
Hp: 0126673031 
FREE CONSULTATION,
FREE QUOTATION,
MORE TRANSPARENT !


Friday 18 January 2013

PruBSN SmartLink, Pelan Takaful Pertama Untuk Anak Belum Lahir

 6 Oktober 2012
 
SEPANG -  Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenal PruBSN SmartLink, pelan takaful pertama yang membolehkan pelanggan melindungi masa depan anak masing-masing, sebelum anak itu dilahirkan lagi.

Ketua Eksekutifnya Azim Mithani berkata produk itu dibangunkan berasaskan PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak berusia satu hingga 18 tahun.
Pelindungan SmartLink yang ditambah baik itu melindungi janin seawal 20 minggu kehamilan, layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun, katanya.

"Aspek lain produk itu ialah kami sudah menjalin usaha sama dengan organisasi "stem life". Perkhidmatan ini baik untuk pelanggan," katanya kepada Bernama pada pelancaran PruBSN SmartLink yang ditambah baik itu di sini hari ini.

Pelanggan yang memilih PruBSN Smartlink dengan "Extra Basic" akan memperoleh perlindungan tambahan yang meliputi manfaat belas kasihan RM2,000 untuk janin dan RM5,000 untuk ibu dalam tempoh 60 hari melahirkan anak.

"Jika bayi sakit, kami akan menyediakan penjagaan hospital pada kadar RM300 sehari di Unit Rawatan Rapi selama 30 hari di hospital terpilih," katanya.

Beliau berkata ibu bapa yang mahu memaksimumkan perlindungan, boleh menambah tanggungan "Baby Care" bagi melanjutkan perlindungan mulai tempoh kehamilan sehingga 60 hari selepas bersalin.

"Pelindungan ini tidak mengehadkan jumlah kelahiran selagi ibu yang hamil itu berusia sebelum 46 tahun. Pelanggan akan memperoleh wang tunai RM300 selepas tahun kedua anak dilahirkan, menerusi Bonus Imunisasi," katanya.

Azim berkata pembayaran itu bergantung kepada perlindungan yang dipilih oleh pelanggan, sama ada serendah RM100 sebulan, pembayaran setengah tahun atau setahun.

Beliau berkata produk itu yang kini boleh didapati di semula cawangan PruBSN, diyakini dapat menarik pasaran.- Bernama
 
 
 ______________________________________________________________________
 
 
Q&A Untuk PruBSN SmartLink
 
 
1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?
 
PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas lahir untuk bayi anda.
 
2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?
 
Anda boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika anda hamil 20 minggu dan jika anda
berumur di antara 19 dan 45 tahun.
 
3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika sayabersedia untuk berkeluarga?
 
Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care.
Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir – dan kami berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran. Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda dilahirkan.
 
4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?
 
Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda hamil sebelum anda berumur 46 tahun.
 
5. Apakah manfaat-manfaat yang diberikan pelan-pelan ini?
 
Hamil > 20 minggu Selepas Lahir
 
 
 
 
_________________________________________________________________________________
 
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Email: nonie.resources@gmail.com
Hp: 0126673031 
FREE CONSULTATION,
FREE QUOTATION,
MORE TRANSPARENT !

Thursday 17 January 2013

Persiapan Rohaniah – Dunia & Akhirat.


PruBSN Ummah: Persiapan Rohaniah – Dunia & Akhirat.

Keperluan rohaniah perlu menjadi keutamaan setiap umat islam di dalam merancang kehidupan bagi mengimbangi diantara kesejahteraan duniawi.

Setiap individu mempunyai kaedah-kaedah berlainan untuk mengatur kehidupan mereka dan ianya
bergantung kepada faktor ekonomi dan gaya kehidupan. Salah satu kaedah alternatif untuk memenuhi keperluan rohaniah adalah melalui PruBSN Ummah.

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.

Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti. Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.


PruBSN Ummah menawarkan:

1. Manfaat perlindungan asas Takaful
  • Pelan ini menyediakan 3 perlindungan asas iaitu apabila berlaku :
1.     Kematian
2.     Cacat Kekal
3.     Penyakit Kritikal

2. Manfaat-manfaat Haji/Umrah
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • PruBSN akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang untuk tunaikan haji).
Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.

3. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.

4. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
  • Menjamin waris anda bebas dari hutang piutang walaupun setelah ketiadaan anda.
5.Meningkatkan simpanan usia emas anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

6. Manfaat-manfaat penyakit kritikal
  • Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.Sila rujuk senarai penyakit-penyakit kritikal.
7. Bonus Loyalti.
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia PruBSN.Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten. 
  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.                                                                                                                                            
 


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Email: nonie.resources@gmail.com
Hp: 0126673031 
FREE CONSULTATION,
FREE QUOTATION,
MORE TRANSPARENT !