Friday 18 January 2013

PruBSN SmartLink, Pelan Takaful Pertama Untuk Anak Belum Lahir

 6 Oktober 2012
 
SEPANG -  Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) memperkenal PruBSN SmartLink, pelan takaful pertama yang membolehkan pelanggan melindungi masa depan anak masing-masing, sebelum anak itu dilahirkan lagi.

Ketua Eksekutifnya Azim Mithani berkata produk itu dibangunkan berasaskan PruBSN SmartLink sebelumnya yang melindungi kanak-kanak berusia satu hingga 18 tahun.
Pelindungan SmartLink yang ditambah baik itu melindungi janin seawal 20 minggu kehamilan, layak untuk ibu berusia 19 hingga 45 tahun, katanya.

"Aspek lain produk itu ialah kami sudah menjalin usaha sama dengan organisasi "stem life". Perkhidmatan ini baik untuk pelanggan," katanya kepada Bernama pada pelancaran PruBSN SmartLink yang ditambah baik itu di sini hari ini.

Pelanggan yang memilih PruBSN Smartlink dengan "Extra Basic" akan memperoleh perlindungan tambahan yang meliputi manfaat belas kasihan RM2,000 untuk janin dan RM5,000 untuk ibu dalam tempoh 60 hari melahirkan anak.

"Jika bayi sakit, kami akan menyediakan penjagaan hospital pada kadar RM300 sehari di Unit Rawatan Rapi selama 30 hari di hospital terpilih," katanya.

Beliau berkata ibu bapa yang mahu memaksimumkan perlindungan, boleh menambah tanggungan "Baby Care" bagi melanjutkan perlindungan mulai tempoh kehamilan sehingga 60 hari selepas bersalin.

"Pelindungan ini tidak mengehadkan jumlah kelahiran selagi ibu yang hamil itu berusia sebelum 46 tahun. Pelanggan akan memperoleh wang tunai RM300 selepas tahun kedua anak dilahirkan, menerusi Bonus Imunisasi," katanya.

Azim berkata pembayaran itu bergantung kepada perlindungan yang dipilih oleh pelanggan, sama ada serendah RM100 sebulan, pembayaran setengah tahun atau setahun.

Beliau berkata produk itu yang kini boleh didapati di semula cawangan PruBSN, diyakini dapat menarik pasaran.- Bernama
 
 
 ______________________________________________________________________
 
 
Q&A Untuk PruBSN SmartLink
 
 
1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?
 
PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh ini kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas lahir untuk bayi anda.
 
2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?
 
Anda boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika anda hamil 20 minggu dan jika anda
berumur di antara 19 dan 45 tahun.
 
3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika sayabersedia untuk berkeluarga?
 
Apabila anda sudah bersedia untuk berkeluarga, anda boleh mengambil rider Baby Care.
Rider ini melindungi bayi anda dan anda semasa hamil dan selepas lahir – dan kami berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran. Kami juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak anda dilahirkan.
 
4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?
 
Jika anda berumur di antara 19 dan 40 tahun, anda boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink anda. Pelan ini melindungi anda sekiranya anda hamil sebelum anda berumur 46 tahun.
 
5. Apakah manfaat-manfaat yang diberikan pelan-pelan ini?
 
Hamil > 20 minggu Selepas Lahir
 
 
 
 
_________________________________________________________________________________
 
 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Email: nonie.resources@gmail.com
Hp: 0126673031 
FREE CONSULTATION,
FREE QUOTATION,
MORE TRANSPARENT !

No comments:

Post a Comment